Konsep asas Pinjaman Tanpa Faedah BA-KHAF ini adalah seperti berikut:
1. BA-KHAF ini sebenarnya mengutip derma untuk membantu menyediakan kemudahan dan memberi bantuan kepada pesakit-pesakit buah pinggang bagi mendapatkan rawatan hemodialisis.
2. Sekarang ni, orang ramai, kalau nak derma RM 10 pun susah. Soalannya, "Apa yang saya dapat?".
3. Jadi kita buat program Bantuan Pinjaman Kewangan ini untuk menggalakkan orang ramai menderma.
4. Bila seseorang itu menderma, dan mengajak orang lain menderma juga, apabila cukup syarat, pertubuhan akan beri orang itu pinjam dulu sebahagian dari kutipan derma tersebut.
5. Bayaran balik pinjaman ialah 40 bulan. Derma RM 100 boleh pinjam RM 1,000 bila cukup syarat.
6. Bila dapat pinjam RM 1,000, Derma pula RM 1,000 tu, boleh pinjam RM 10,000 bila cukup syarat.
7. Dengan kata lain, derma yg dikutip itu sebenarnya dua kali digunakan, satu - bagi org pinjam tanpa faedah, dua - bantu pesakit buah pinggang dapatkan rawatan hemodialisis.
8. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi wakil terdekat.
"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya." Surah Ar-Ra'd (ayat 11)
"Orang yang meminta kembali hadiahnya adalah seperti anjing yang menjilat muntahnya" (Riwayat al-Bukhari, 2/914)
Imam Ibn Hajar berkata terdapat tafsiran yang menyebut bahawa penyerupaan sebegini membawa erti meminta kembali hadiah adalah haram. Namun begitu, untuk anjing menjilat muntahnya adalah tidak najis maka ini tidaklah haram. Imam Ibn Hajar menyimpulkannya dengan mengatakan bahawa hadis ini cukup memberikan erti jelas kebencian melampau Islam bagi seseorang bertindak meminta kembali hadiah yang telah diberikannya sehinggakan menyamakannya dengan anjing menjilat muntah. (Fath bari, 5/235)
Nabi juga bersabda :
ليس لأحد أن يعطي عطية فيرجع فيها إلا الوالد فيما يعطي ولده
Ertinya : Tiada sesiapa pun apabila ia telah memberikan sesuatu hadiah kemudian ia menuntutnya kembali kecuali bagi bapa yang memberi sesuatu hadiah kepada anaknya ( Riwayat Tirmizi; Hadis Hasan)
Adapun bagi sesiapa yang memberikan hadiah atau pemberian dengan syarat orang yang meneirma memulangkannya dengan lebih banyak. Ia pula dikira sebagai Riba sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas r.a
الربا هو أن يعطي الرجل عطية ليعطى منها أكثر
Ertinya : "Dikira riba adalah apabila seseorang memberi hadiah kepada yang lain sambil disyaratkan memulangkan kembali kepadanya dengan hadiah yang lebih banyak"







