Tq

Wednesday, 20 November 2013

Alhamdulillah...

Konsep asas Pinjaman Tanpa Faedah BA-KHAF ini adalah seperti berikut:


1. BA-KHAF ini sebenarnya mengutip derma untuk membantu menyediakan kemudahan dan memberi bantuan kepada pesakit-pesakit buah pinggang bagi mendapatkan rawatan hemodialisis.

2. Sekarang ni, orang ramai, kalau nak derma RM 10 pun susah. Soalannya, "Apa yang saya dapat?".

3. Jadi kita buat program Bantuan Pinjaman Kewangan ini untuk menggalakkan orang ramai menderma.

4. Bila seseorang itu menderma, dan mengajak orang lain menderma juga, apabila cukup syarat, pertubuhan akan beri orang itu pinjam dulu sebahagian dari kutipan derma tersebut.

5. Bayaran balik pinjaman ialah 40 bulan. Derma RM 100 boleh pinjam RM 1,000 bila cukup syarat.

6. Bila dapat pinjam RM 1,000, Derma pula RM 1,000 tu, boleh pinjam RM 10,000 bila cukup syarat.

7. Dengan kata lain, derma yg dikutip itu sebenarnya dua kali digunakan, satu - bagi org pinjam tanpa faedah, dua - bantu pesakit buah pinggang dapatkan rawatan hemodialisis.

8. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi wakil terdekat. 

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya." Surah Ar-Ra'd (ayat 11)

"Orang yang meminta kembali hadiahnya adalah seperti anjing yang menjilat muntahnya" (Riwayat al-Bukhari, 2/914)

Imam Ibn Hajar berkata terdapat tafsiran yang menyebut bahawa penyerupaan sebegini membawa erti meminta kembali hadiah adalah haram. Namun begitu, untuk anjing menjilat muntahnya adalah tidak najis maka ini tidaklah haram. Imam Ibn Hajar menyimpulkannya dengan mengatakan bahawa hadis ini cukup memberikan erti jelas kebencian melampau Islam bagi seseorang bertindak meminta kembali hadiah yang telah diberikannya sehinggakan menyamakannya dengan anjing menjilat muntah. (Fath bari, 5/235)

Nabi juga bersabda :

ليس لأحد أن يعطي عطية فيرجع فيها إلا الوالد فيما يعطي ولده

Ertinya : Tiada sesiapa pun apabila ia telah memberikan sesuatu hadiah kemudian ia menuntutnya kembali kecuali bagi bapa yang memberi sesuatu hadiah kepada anaknya ( Riwayat Tirmizi; Hadis Hasan)

Adapun bagi sesiapa yang memberikan hadiah atau pemberian dengan syarat orang yang meneirma memulangkannya dengan lebih banyak. Ia pula dikira sebagai Riba sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas r.a

الربا هو أن يعطي الرجل عطية ليعطى منها أكثر

Ertinya : "Dikira riba adalah apabila seseorang memberi hadiah kepada yang lain sambil disyaratkan memulangkan kembali kepadanya dengan hadiah yang lebih banyak"

Kita Mula disini...

1. Mulanya dulu, saya buat koperasi (Koperasi Usahawan). Hanya RM 100.00 diperlukan sebagai saham minima dan RM 100.00 lagi sebagai Fi atau Yuran Masuk. Tiada yuran bulanan dan benar, Ko-KITA itu sebenarnya adalah sebuah koperasi yang lain!

   
2. Setiap ahli yang memperkenalkan ahli baru akan mendapat insentif sebanyak RM 25.00. Ahli yang baru tadi, bila dia memperkenalkan ahli baru juga akan mendapat RM 25 dan ahli yang mula-mula tadi akan mendapat RM 10.00 sebagai insentif. Bila ahli baru yang kedua tadi memperkenalkan ahli baru, dia akan mendapat insentif RM 25.00, ahli yang memperkenalkannya tadi mendapat RM 10.00 dan ahli yang mula-mula tadi akan mendapat RM 10.00 juga.
 

  
3. Dengan pelan ini, diharapkan supaya ahli-ahli bersemangat berkempen untuk menambah ahli sambil menambah pendapatan mereka. Kepada ahli-ahli yang rajin, jika mereka menambah hanya 100 ahli baru sahaja setiap bulan, mereka sudah punya pendapatan bulanan sebanyak RM 2,500.00.

4. Bayaran insentif itu sebenarnya diambil dari fi masuk, dan jumlah yang digunakan hanyalah RM 45.00 (RM 25 + RM 10 + RM 10), tidak sampai separuh dari jumlah penuh fi masuk. Jika setiap ahli hanya memperkenalkan 4 orang ahli baru sahaja, maka setiap ahli itu sebenarnya akan mendapat insentif berjumlah RM 900.00 (RM 25 x 4, RM 10 x 16, RM 10 x 64). Di sini, ahli telah pun mendapat keuntungan sebelum pun koperasi memulakan apa-apa perniagaan.
   
5. Jika secara mingguan, setiap ahli baru mendapatkan 4 ahli baru yang lain maka dalam masa 12 minggu atau 3 bulan, jumlah ahli akan mencecah 5,592,405 orang. Jumlah fi masuk dan saham permulaan yang bakal dikumpul adalah RM 1,118,481,000.00. Dari jumlah ini, RM 251,658,225.00 digunakan untuk membayar insentif cari ahli, maka koperasi masih punya dana sebanyak RM 866,822,775.00.
   
6. Dengan dana sebanyak itu, kita boleh membina 43 buah hyper-market serentak, atau semua program yang dirancang untuk koperasi akan bermula dan berjalan dengan baik!
  
7. Seperti yang telah dimaklumi ramai, terdapat 5 teras yang akan diusahakan oleh koperasi kita ini (Ko-KITA) iaitu;

a. Hyper-market
b. Pembinaan Bangunan dan Rumah
c. Pusat Jagaan Harian Kanak-kanak dan Orang Tua
d. Penjualan Kenderaan
e. Tempat Pelaburan
 
8. Dengan berlakunya kelima-lima teras tersebut, maka perusahaan-perusahaan hiliran dan peluang pekerjaan akan terbuka luas selain menjanjikan pulangan pelaburan yang baik.
 
9. Hyper-market merupakan fenomena di abad ini. Dengan adanya Hyper-market tersebut, ahli-ahli bakal mendapat bekalan yang jauh lebih murah kerana kebanyakan barangan diperolehi terus dari kilang tanpa melibatkan orang tengah. Selain itu, barangan keperluan dapat kita import dari sumber yang lebih murah dan dijual menggunakan jenama sendiri. Kononnya kita import TV Plasma dari China pada harga RM 600.00 sebuah, dan menjual kepada ahli pada harga RM 1,200.00 secara ansuran sebanyak RM 100.00 sebulan selama setahun. Rata-rata, harga TV Plasma ketika ini adalah RM 1,600.00, maka ahli sudah dapat berjimat dan keuntungannya pula akan dapat dikongsi pada setiap akhir tahun kewangan. Begitu juga dengan barangan yang lain dan tidak lupa kepada ahli yang mempunyai produk sendiri, mereka juga boleh memasarkan produk mereka di Hyper-market ini.
  
10. Keahlian 10,000 orang yang diperlukan itu antara lain adalah sebenarnya untuk menjamin pasaran barangan yang sedia ada dan dalam perniagaan, pemasaran adalah sesuatu yang kritikal. Dengan adanya ahli yang membeli di Hyper-market kita sendiri seramai 10,000 orang dengan purata perbelanjaan RM 300.00 seorang setiap bulan, maka jumlah jualan bulanan akan mencapai RM 3 juta dan jualan setahun adalah RM 36 juta. Sekiranya keuntungan bersih yang dijangkakan adalah 3% maka jumlah keuntungan itu menjadi RM 1,080,000.00 (1.08 juta) setahun. Jika keuntungan ini dibahagikan kepada 10,000 orang ahli tadi, maka setiap orang akan mendapat RM 108.00 dan jumlah ini sebenarnya merupa pulangan sebanyak 108 % untuk setiap ahli yang hanya mempunyai saham minima sebanyak RM 100.00
 
11. Projek Bangunan dan Perumahan bakal dilaksanakan pada awal tahun hadapan. 300 unit rumah kos rendah sudah pun ada pembeli dan 300 unit lagi masih boleh ditempah. 122 unit rumah kos sederhana adalah juga masih dibuka untuk tempahan. Penjualan rumah-rumah ini juga akan dilakukan secara tanpa faedah, misalnya, rumah kos rendah yang berharga RM 42,000.00 ansurannya adalah sekitar RM 175.00 sebulan selama 20 tahun. Oleh kerana koperasi telah mendapat keuntungan semasa membuat rumah, maka tidak perlu lagi koperasi mengenakan faedah untuk bayaran ansuran rumah tersebut!
    
12. Pusat Jagaan Harian Kanak-kanak dan Orang Tua merupakan projek untuk orang-orang yang kita sayangi. Dengan adanya projek ini, anak-anak serta orang tua kita akan dijaga dengan lebih baik disamping caj perkhidmatan yang sesuai kerana perkhidmatan ini sebenarnya adalah milik kita sendiri. Anak-anak akan boleh kita tinggalkan di sana seharian sementara kita bekerja. Perkhidmatan shuttle untuk anak-anak yang bersekolah juga akan kita sediakan. Konsep rumah orang tua yang dicadangkan adalah dalam bentuk apartment dan studio apartment dengan kemudahan tempat ibadah dan riadah. Pusat kesihatan juga akan disediakan serta rumah tetamu untuk sanak saudara datang menziarah. Kita beli unit-unit ini dan kita sewakan kepada sebuah pertubuhan amal yang akan menguruskan penempatan orang-orang tua yang kurang bernasib baik. Hasil sewaan itu kita bayar ansuran rumah dan apabila kita sudah tua, jika mahu, kita pun boleh tinggal di situ percuma.
  
13. Penjualan Kenderaan dengan rundingan yang betul dengan pihak pengeluar bakal membolehkan Ko-KITA mendapatkan kenderaan tersebut pada harga kilang. Dengan menjual kenderaan tersebut pada harga pasaran, koperasi tidak lagi perlu mengenakan faedah keatas ansuran bulanan kerana sudah mendapat keuntungan semasa jualan. Ini menjadikan penjualan kenderaan ini benar-benar bebas riba.
 
14. Ko-KITA menjadi Tempat Pelaburan yang baik apabila semua perusahaan teras tersebut berjalan dengan baik. Selain mendapat kemudahan, ahli-ahli juga menikmati keuntungan tahunan dari setiap perusahaan dan perniagaan yang dijalankan oleh Ko-KITA. Sekiranya dividen dan bonus dikeluarkan sebelum hari raya, maka ahli-ahli bakal mendapat peruntukan tambahan untuk menghadapai musim perayaan tersebut.”
  
15. Perancangan yang teliti telah dibuat untuk merealisasikan semua rancangan ini. Pun begitu, tanpa sokongan dari orang ramai, semua rancangan ini akan kekal dalam bentuk tulisan tanpa dapat membantu sesiapa pun.
  
16. "Ya Allah, aku memohon pada Mu agar kami diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini. Sesungguhnya kami ini hanyalah hamba Mu yang lemah dan tidak mempunyai daya untuk menjadikan sesuatu melainkan dengan izin Mu ya Allah! Bukakanlah pintu hati semua yang membaca blog ini agar dapat membantu menjayakan matlamat penubuhan Koperasi Kita ini. Amin!"

Tuesday, 12 November 2013

ayuh bergabung

Kami bertukar url : 

Ayuh sokong perniagaan 
dRusila Store, 
Grd Floor, Bangunan PAS Marang, Depan Masjid Rusila, 
21080 Marang Terengganu
Tel 0199105222

Pemborong
Simpack Tone Excel - Tune Talk
Jamu Susuk Dara
Jus Delima Organik Untuk Perubatan
Pati Minyak Zaiton Olive House Untuk Perubatan
Agen eReload








Perahan Delima Organic

Alkaline Juice Himax5

Photo: Berita baik kepada ahli Pages Himax5 Alkaline Juice Online (40ml anggaran 1400 titik) - FREE Kos Pos Menanti Anda. Anda hanya perlu membayar RM59.00 sahaja... sms kepada 0199105222 atau email kelatedaily@gmail.com.

Anda hanya perlukan masukkan sahabat seramai 10 org ke group - https://www.facebook.com/groups/349937348432465

Bayaran tunai ke bank - maybank (112080586371 - mahadi che haron 0 atau mengunakan kredit card ke palpay kelatedaily@gmail.com

Tukar URL

Sila Terbang ke : http://mrgkini.blogspot.com